Wednesday, 11 May 2016

Video


Salam alayk dan salam sejahtera. 

Untuk pemahaman yang lebih pantas dan ringkas, anda boleh layari video di bawah. :)


sila klik pada pautan di bawah :)



:: thank you ::

Buku Manual oleh Kementerian Pelajaran Malaysia








Sila klik pada pautan yang berikut.


http://jpnmelaka.moe.gov.my/v3/images/Manual_KT_EPRD.pdf

Proses Kajian Tindakan


Untuk melakukan kajian tindakan, terdapat proses yang perlu dilalui untuk melaksanakan sesuatu kajian tindakan. Oleh itu, terdapat lima proses penting yang perlu dititikberatkan sewaktu melaksanakan kajian tindakan iaitu:-

  •  Idea permulaan
  • Membina rancangan tindakan
  •  Melaksanakan tindakan
  •   Memerhati kesan perlaksanaan tindakan
  •  Mereflek


Idea Permulaan

Kajian tindakan ini bermula dengan satu idea yang membawa perubahan atau penambahbaikan terhadap sesuatu amalan guru. Idea ini bermula apabila guru menyedari tentang sesuatu masalah yang dihadapi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. 

Sebagai contoh, guru perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan kembali situasi atau melakukan penambahbaikan apabila mendapati separuh muridnya yang gagal dalam ujian yang dijalankan. Guru mendapati bahawa muridnya tidak memberi sokongan terhadap tugasan kumpulan yang diberikan dan menyebabkan guru tersebut perlu mencari punca untuk mengetahui sebab dan musabab mengapa muridnya berkelakuan sedemikian. Kemudian, guru tersebut mendapati bahawa seorang guru bagi mata pelajaran lain telah menggunakan teknik pengajaran yang berasaskan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasnya. 

Guru itu mula terfikir sama ada teknik menggunakan ICT sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajarannya ataupun tidak. Oleh itu, guru tersebut mula mencari jalan untuk menggunakan aplikasi ICT dalam mata pelajaran yang diajarnya. Dengan kata lain, seseorang guru itu akan sentiasa berdepan dengan masalah apabila sesuatu yang dipegang bertentangan dengan apa yang berlaku dalam amalannya dan perlu melakukan penambahbaikan untuk mengatasi masalah tersebut.
    
Oleh itu, untuk melaksanakan kajian tindakan, proses perlaksanaan kajian tindakan adalah seperti langkah-langkah berikut:
1.      Mengenal pasti isu, masalah atau situasi
2.      Merancang tindakan
3.      Melaksanakan langkah-langkah tindakan
4.      Meninjau dan mengutip data
5.      Tindakan untuk gelungan atau kitaran kedua



       Membina Rancangan Tindakan

Setelah mendapat idea permulaan, guru perlu merancang tindakan ke arah penambahbaikan. Pada mulanya, guru perlu menyelidik situasi sedia ada bagi mendapatkan maklumat yang dapat membantunya untuk merancang tindakan yang akan diambil. 

Sebagai contoh, apabila murid hampir separuh daripada kelas gagal dalam ujian yang ditadbir, maklumat yang terperinci diperlukan tentang soalan-soalan yang gagal dijawab oleh murid berkenaan. Maklumat dapat diperoleh daripada isi kandungan yang gagal difahami oleh pelajar sehinggakan mereka tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan. 

Setelah maklumat dapat dikumpul, guru boleh membina soalan penyelidikan seperti:
1.      Apakah aspek yang belum difahami oleh pelajar tentang topik yang diajar?
2.      Apakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami aspek-aspek tersebut?
3. Bolehkah masalah ini diatasi dengan mengajar semula topic tersebut dengan kaedah pembelajaran masteri?

Setelah selesai membentuk soalan, guru perlu membina kerangka penyelidikan. Ujian diagnostik perlu dilakukan terhadap beberapa kelas yang terlibat bagi mengesan kelemahan atau kekurangan pelajar.


     Melaksana Tindakan

Setelah proses merancang selesai, guru tersebut boleh melaksanakan tindakan yang dirancang. Guru perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi mengenal pasti soalan-soalan yang gagal dijawab oleh pelajar dengan diikuti ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar tentang tajuk yang diajar.
Setelah itu, guru akan mengajar semula tajuk berkenaan dengan memberi contoh-contoh yang lebih mudah untuk difahami.


     Memerhati Kesan Perlaksanaan
.
Guru mula memerhati perubahan yang berlaku dalam kalangan pelajar terbabit. Guru akan memberi fokus terhadap aspek yang sukar untuk difahami dalam pengajaran semula dan pelajar boleh bertanya dengan memberi tindak balas kepada guru. 
Kemudian, keputusan ujian setara dengan topik yang diajar akan memberi maklum balas sama ada tindakan yang dilaksanakan itu berjaya mengurangkan bilangan pelajar yang gagal atau tidak.


      Mereflek

Walaupun mendapat hasil yang positif, namun kesan terhadap sesuatu penyelidikan masih boleh dipertingkatkan lagi. Refleksi yang diperoleh dapat membantu guru untuk mengenal pasti kelemahan ujian diagnostik. 
Ujian ini tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam kalangan pelajar. Berdasarkan terhadap kefahaman pelajar, berkemungkinan mereka gagal dalam aspek-aspek lain dalam ujian setara. Dengan itu, guru perlu mencari idea untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan kefahaman pelajar. 
Oleh itu, guru perlu merancang penyelidikan baru untuk tindakan yang seterusnya. Tindakan yang seterusnya juga dapat mengenal pasti masalah atau isu baru untuk diatasi melalui kajian tindakan.