Sebelum
membuat kajian tindakan, pengkaji perlu mengenal pasti masalah atau isu
terlebih dahulu. Masalah atau isu dapat dikesan pada peringkat tinjauan awal
kajian.
Hal ini adalah bertujuan untuk menentukan fokus kajian. Untuk
melaksanakan sesuatu kajian, fokus kajian adalah penting bagi memudahkan
pengkaji membuat perancangan untuk tindakan yang selanjutnya.
Kajian tindakan
itu bermula dengan keinginan pengkaji untuk mengatasi masalah ataupun untuk
menyelesaikan masalah atau isu yang timbul.
Masalah atau isu dalam konteks dri
murid boleh timbul dalam aspek seperti sikap atau mood diri murid, melalui
masalah pembelajaran dan pengaruh dari luar.
Garis
panduan mengenal pasti masalah atau isu :
1.
Hanya melibatkan
persoalan yang dapat di ambil tindakan oleh pengkaji sendiri seperti masalah
kelemahan diri, malas belajar dan seumpamanya.
2. Mengehadkan
kajian pada persoalan yang kecil. Contohnya, malas belajar boleh disebabkan
oleh pelbagai faktor, tetapi pelajar hanya memilih masalah utama sahaja seperti
pengaruh televisyen.
3. Kajian boleh
dilakukan secara kolaboratif iaitu secara usaha sama, pasukan dan mempunyai
hubungan dua hala antara pengkaji dengan rakan sekerja lain.
Selain itu, isu atau masalah ini dapat
dilihat melalui empat aspek iaitu isu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP), isu sekolah dan prasarana, isu guru dan isu murid atau tingkah laku
murid.
Isu
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) :
1.
Murid-murid
bermasalah pembelajaran sering mengalami masalah dalam pembelajaran sekiranya
guru menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional seperti menghafal serta
pengulangan sebutan.
2. Murid
bermasalah pembelajaran dapat menyebut nombor seperti yang diajar oleh guru,
tetapi murid-murid ini tidak mengenali nombor serta tidak tahu susunan nombor
asas seperti susunan nombor 1-10 dengan betul.
3. Masalah
ini dapat dilihat dari lembaran kerja murid
apabila murid dikehendaki menulis nombor asas mengikut susunan dengan
betul. Murid kelihatan keliru untuk menulis nombor mengikut susunan yang betul.
Isu
guru :
1. Guru
tidak menjalankan pengajaran di dalam kelas. Sebaliknya guru hanya mengedarkan
latihan yang difotostat kepada murid. Murid dikehendaki menyiapkan latihan yang
diberikan oleh guru sementara itu guru pula melayari internet semasa berada di
dalam kelas.
2. Guru
tidak mebimbing murid dengan cara sepatutnya yang dilakukan oleh guru
Pendidikan Khas. Masalah ini berlaku apabila guru Pendidikan Khas sendiri memandang
rendah terhadap kemampuan murid-murid ini
Isu
Murid :
1. Murid
terlalu bergantung kepada orang lain. Sebagai contoh, Zambri selalu meminta
bantuan daripada Fauzan apabila guru memberi lembaran kerja yang perlu
disiapkan.
2. Masalah
tingkah laku negatif yang dilakukan oleh murid. Sebagai contoh, Shafiq selalu
membuat bising di dalam kelas. Masalah ini selalu dilakukan sama ada dalam
kelas itu ada guru ataupun tidak.
Isu
Sekolah :
1. Aspek
pembangunan fizikal sekolah yang tidak mengikut keperluan murid Pendidikan Khas
juga merupakan satu isu yang boleh dikaji.
2. Ruang kelas yang
selesa untuk menempatkan enam hingga lapan orang murid dalam satu kelas sangat
diperlukan.
3. Ruang kelas yang
kecil membataskan pergerakan murid dan guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan oleh guru semasa
pengajaran dan pembelajaran (PdP) . Hal ini akan menyebabkan berlakunya
gangguan dalam pengajaran guru.
4. Masalah yang
timbul daripada ruang kelas yang terhad ini ialah apabila guru daripada kelas
lain mengajar kelas masing-masing dan menggunakan bahan bantu mengajar seperti
radio atau alat muzik. Hal ini akan menyebabkan berlakunya gangguan dalam
pengajaran kelas lain.
Sebagai contoh, kajian
tindakan seperti Rajah 2.1 dibawah dilaksanakan untuk mengubah tingkah laku
murid ke arah yang lebih positif. Kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk
membaiki keadaan semasa.
1. Satu masalah
timbul (Penyataan masalah kajian)
Seorang guru
mendapati bahawa beberapa orang muridnya tidak menumpukan perhatian terhadap
pengajarannya.
|
2. Menfokuskan
dan memerhatikan masalah tersebut.
Guru
mencatatkan tahap penumpuan muridnya sepanjang hari. Beliau melaporkan bahawa
tahap penumpuan beberapa orang pelajar menurun selepas pukul 11.00 pagi.
|
3. Merujuk
literature
Daripada
rujukan literature, guru mendapati keletihan menjejaskan tahap penumpuan, dan
keletihan mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan dan air.
|
4. Memerhatikan
perbezaan yang wujud
Beliau membuat
pemerhatian dan mendapati bahawa murid-murid tersebut tidak membawa botol air
ke sekolah dan tidak minum air sepanjang hari.
|
5.
Merancang
dan melaksanakan tindakan
Guru merancang
dan membuat tindakan seperti menulis surat kepada pihak PIBG sekolah untuk
memberitahu keadaan murid dan memohon supaya mesin pembekal air (water
cooler) dipasang di sekolah. murid-murid tersebut diminta untuk minum air
selepas 11.00 pagi setiap hari. Guru memerhati dan mencatatkan tahap
penumpuan murid.
|
6. Menganalisis
dan melaporkan hasil kajian
Guru
melaporkan bahawa tindakan yang dilaksanakan telah meningkatkan tahap
penumpuan murid-murid tersebut.
|
Rajah 2.1 : Contoh Kajian Tindakan
No comments:
Post a Comment