Tuesday, 10 May 2016

Definisi Kajian Tindakan



Mills (2000) : 
Sebarang inkuiri yang sistematik yang dilaksanakan oleh guru pengkaji, pengetua atau kaunselor dalam persekitaran pengajaran atau pembelajaran bagi mengumpul maklumat tentang cara sesuatu sekolah beroperasi, bagaimana mereka mengajar dan sebaik mana pelajar mereka mendapatkan celik akal (insight), membentuk amalan refleksi, dan menambahbaikan mutu pelajar dan semua yang terlibat di dalamnya. Mills menegaskan kajian tindakan adalah kajian yang dijalankan oleh guru untuk mereka sendiri, dan ia bukannya dijalankan oleh orang lain ke atas mereka.


Lomaz (1994) : 
Penyelidikan pendidikan (educational research) dan bukan penyelidikan dalm pendidikan (research in education) kerana yang menyelidik adalah guru sendiri yang ingin memperbaiki kualiti amalan guru dan profesionnya. Lomax juga menegaskan bahawa kajian tindakan adalah dasar yang penting untuk inovasi pendidikan kerana guru melakukan inovasi dan perubahan secara refleksi dan inkuiri.


McNiff (1994)  :
Suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan menjadi bersedia mengubah amalan. Menurut beliau lagi, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif dan dengan ini, ia melibatkan orang lain sebagai sebahagian daripada inkuiri bersama. Ini kerana kajian tindakan adalah kajian bersama (research with) dan bukannya kajian ke atas ( research on).


Cochran & Lytle (1990) :
Penyelidikan berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik perhatian mereka. Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada literatur pendidikan . Secara tidak langsung, hasil kajian tindakan tersebut dapat disumbangkan ke arah pembinaan struktur pendidikan. 


Eliott dan Adelman (1976) :
Satu pendekatan penyelidikan yang diusahakan untuk meningkatkan mutu profesionalisme guru dengan cara menyelidik situasi sosial di sekolah.


Elliot (1981) :
Kerangka untuk penilaian kendiri (framework for self-evaluation) di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial yang. Menurut Elliott (1991:69) lagi, kajian tindakan adalah sebagai kajian situasi sosial yang bertujuan memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri.


No comments:

Post a Comment