Menurut Carr dan Kemmis (1986), terdapat dua tujuan utama pelaksanaan sesuatu kajian tindakan:
+ Menambah baik
- merujuk kepada penambahbaikan dalam tiga peringkat iaitu:
- penambahbaikan terhadap amalan;
- penambahbaikan kefahaman terhadap amalan oleh pengamal; dan
- penambahbaikan terhadap situasi di mana amalan diamalkan.
+ Melibatkan
- merujuk kepada penglibatan pengamal yang mengamalkan sesuatu bidang.
Kementerian
Pelajaran Malaysia (2008) dalam Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga,
tujuan kajian tindakan adalah untuk memperbaiki amalan dan meningkatkan
kefahaman terhadap amalan pengajaran, serta memperbaiki situasi pengajaran yang
dijalankan. Semua guru merupakan penyelidik kerana sesiapa sahaja yang terlibat
dalam pengajaran secara langsung akan terlibat dalam proses penyelidikan
tindakan melalui semua fasa iaitu merancang, melaksana, memerhati dan mereflek.
Kepentingan guru dalam melaksanakan penyelidikan terhadap pengajaran dan
pembelajaran juga telah ditegaskan oleh Stenhouse (1984:69) iaitu:
...Guru
yang baik tidak perlu disuruh membuat sesuatu. Mereka tidak bergantung kepada
penyelidik-penyelidik, Jemaah Nazir, pihak yang membuat inovasi atau penyelia.
Guru yang baik adalah sentiasa rela menerima nasihat, bimbingan dan bantuan.
Pendidik-pendidik luar bilik darjah boleh memberi khidmat nasihat tetapi hanya
guru sahaja yang akhirnya diamanahkan untuk mengajar dengan baik. Oleh yang
demikian, guru sepatutnya menganggap strategi-strategi dan teknik-teknik
pengajaran sebagai percubaan dan eksperimen supaya mereka dapat mengkritik
kemahiran-kemahiran mereka bagi mencapai peningkatan kemahiran profesionalisme.
Perbuatan sedemikian membawa maksud bahawa guru patut melibatkankan diri dengan
penyelidikan bilik darjah.
Budaya
penyelidikan sangat diperlukan untuk diterap dan diberi penekanan dalam
kalangan guru di sekolah. Hal ini demikian kerana, tugas guru sebagai pendidik
turut berperanan sebagai agen perubahaan. Oleh sebab itu, segala permasalahan,
kekangan atau kerumitan yang berlaku di peringkat sekolah sewajarnya dapat
diselesaikan secara bijaksana oleh warga pendidik di sekolah.
Di
samping itu, guru merupakan seorang tenaga pengajar yang telah diamanahkan oleh
Allah untuk mengajar dan mendidik anak-anak di negara kita supaya menjadi insan
yang berguna dan prihatin terhadap negara, agama dan bangsa. Guru juga
diamanahkan untuk menjadi ibu bapa kepada anak-anak tersebut apabila berada di
kawasan sekolah serta perlu membentuk disiplin pelajar supaya pandai
melaksanakan kerja dan menguruskan masa dengan sebaiknya. Oleh itu, antara
sebab mengapa guru perlu melaksanakan kajian tindakan ialah :
- Untuk
mendapat sumber maklumat penting bagi memahami amalan pengajaran guru,
amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar dan situasi di dalam bilik
darjah.
- Untuk
memperbaiki dan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran supaya
menjadi lebih berkesan dan mendapat respon positif daripada
pelajar-pelajar.
- Untuk
meningkatkan akademik pelajar di dalam bilik darjah.
- Supaya
dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah dan dapat memahami, mengubah serta memperbaiki kelemahan amalan
kendiri.
No comments:
Post a Comment