Terdapat
pelbagai ciri penting dalam kajian tindakan. Antaranya ialah:
i.
Kajian tindakan
dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian atau dalam
konteks mata pelajaran dan kelas yang mereka ajar.
ii.
Kajian tindakan
dilakukan secara berkumpulan mahupun secara kolaboratif dengan membentuk
kumpulan-kumpulan guru yang bersifat kritis kendiri (self-critical) dan
berkomitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis mereka menggunakan tindakan
praktis bagi menyelesaikan masalah dan mengembangkan pengetahuan secara
serentak.
iii.
Pengkaji
terlibat secara langsung dalam usaha memperbaiki amalan pendidikan dan
menambahkan kefahaman terhadap amalan tersebut.
iv.
Dalam kajian
tindakan, banyak menggunakan aktiviti atau kaedah refleksi kendiri.
v.
Kajian tindakan
dilakukan secara sistematik dan ‘rigorous’.
vi.
Kajian tindakan
juga dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri
iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi.
No comments:
Post a Comment